Pada 27hb April 2008 pihak pengurusan THP telah mengadakan Karnival untuk penduduk Bandar Enstek dan juga kempen menjual kawasan perumahan di kawasan Timor. Dalam karnival itu bermacam-macam acara diadakan termasuklah perlawanan bolasepak street soccer. Dalam perlawanan street soccer itu empat pasukan telah mengambil bahagian, antaranya Pasukan dari pengurusan THP, HotFM, dan 2 pasukan dari penduduk Bandar Enstek(Persada Damai). Dalam perlawanan itu pasukan daripada penduduk telah berjaya dalam merebut tempat pertama dan kedua. Hadiah yang diperolehi dari pihak penganjur adalah RM2000.00 untuk juara dan naib juara RM1500.00. Ini menunjukan bahawa pasukan penduduk bersatu dalam apa jua bentuk aktiviti sehingga membawa kepada kejayaan dan kebahagian penduduk.
MAJULAH SUKAN UNTUK PENDUDUK.
Sekian terimakasih.
|